Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura

Sistem Transit Aliran
Johor Bahru–Singapura
سيستم ترنسيت اليرن جوهر بهارو–سيڠاڤورا
Umum
Nama lainJohor Bahru–Singapore Rapid Transit System
JenisTransit kereta api ringan (LRT) rentas sempadan
StatusDalam pembinaan (80% siap)
Lokasi
  • Malaysia Johor Bahru
  • Singapura Woodlands
TerminalMalaysia Bukit Chagar
Singapura Woodlands North
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dirancang dibukaJanuari 2027; 2 tahun lagi (2027-01)[1]
PemilikInfraCo[5]
  • Malaysia MRT Corp
  • Singapura LTA
PengendaliOpCo[2]
RTS Link (usaha sama Prasarana & SMRT)[3][4]
30 tahun tempoh konsesi
CiriBertingkat, bawah tanah
DepotMalaysia Wadi Hana, Johor Bahru
Teknikal
Panjang landasan4 km (2.5 bt)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan
  • l
  • b
  • s
Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura
Petunjuk
Ke Gemas atau Tumpat
Depoh Wadi Hana
Bukit Chagar
 KTM 
Johor Bahru Sentral
Malaysia
Singapura
sempadan
antarabangsa
 KTM 
Woodlands
Woodlands North
Artikel ini adalah sebahagian daripada
siri rencana tentang

Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Malaysia


Kabinet


Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Menteri Dalam Negeri Malaysia


Menteri Pendidikan I Malaysia


Menteri Pelajaran Malaysia


Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia


Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia


Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

  • Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia
    2002

Menteri Belia dan Sukan Malaysia


Menteri Besar Johor Darul Ta'zim


Isu Bertentangan


Yayasan


Badan Pemikir


Keluarga


Buku


Keputusan Pilihan Raya

  • Parlimen Pagoh
  • Dewan Negeri Gambir
  • Dewan Negeri Bukit Serampang

  • l
  • b
  • s


Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS)[6] ialah transit aliran ringan rentas sempadan yang bakal menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura, merentasi Selat Tebrau. Apabila siap dibina, sistem ini akan menjadi laluan kereta api penghubung kedua antara dua negara tersebut selepas perkhidmatan KTM Tebrau Shuttle. Sistem ini mengandungi dua stesen yang dilengkapi dengan fasiliti kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), iaitu stesen Bukit Chagar di Johor dan Woodlands North di Singapura.[7][8] Penyelenggaraan dan penyimpanan gerabak kereta api pula akan dibuat di Depoh Wadi Hana, Johor Bahru.[7][8]

SIstem ini bakal membawa lebih 10,000 penumpang setiap jam dan mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor setelah permulaan operasinya pada Januari 2027.[7]

Sejarah

Permulaan dan Kajian

Idea sebuah sistem transit rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura telah wujud sejak pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada 24 Mei 2010. Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin negara berkenaan telah bersetuju untuk merealisasikan sistem transit yang menghubungkan Tanjung Puteri, Johor Bahru dan Singapura, dengan sebuah kompleks CIQ dibina di stesen bahagian Singapura serta dijangka siap pada tahun 2018.[9]

Bahagian pertama kajian kejuruteraan telah dilaksanakan oleh Aecom Technology Corp dari Mei 2012[10] hingga Mac 2014 melalui dua fasa.[11] Daripada kajian ini, sasaran baharu tarikh projek ini dapat disiapkan adalah pada 2019, setahun lewat daripada cadangan asal.[10] Pada September 2014, kawasan Bukit Chagar dipilih sebagai lokasi stesen terminal di Malaysia bagi projek ini dan bakal dilengkapi juga dengan kemudahan CIQ. [12]

Proses pengesahan kawasan dan tender projek yang memakan masa lama telah menyebabkan tarikh siap yang disasarkan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim, ditunda kepada tahun 2022.[13] Pada 17 November 2017, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar telah memperkenan reka bentuk jajaran baharu yang berbentuk garis lurus sepanjang Selat Tebrau berbanding reka bentuk garis lengkung sebelum ini dan menurunkan ketinggian jambatan daripada 30 meter kepada 25 meter dari paras air laut.[14]

Pada 16 Januari 2018, perjanjian dua-hala antara Malaysia dan Singapura dimeterai yang menyaksikan permulaan penubuhan syarikat usaha sama antara SMRT Corporation dan Prasarana Malaysia bagi tempoh konsesi pertama selama 30 tahun. Perjanjian ini juga telah memutuskan bahawa sistem ini bakal menggunakan sistem transit aliran massa (MRT) dan akan siap sebelum akhir 2024.[15] Singapura juga telah mempersetujui jajaran baharu yang melintas Selat Tebrau dengan garisan lurus dan garisan melengkung di daratan Johor. [16]

Kontroversi dan Pembatalan

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 dan peralihan kepada kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan telah menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek ini. Pada 1 Jun 2018, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah berkata bahawa projek ini masih berjalan tetapi perlu disemak semula bagi mengurangkan kos disebabkan jumlah hutang negara yang membimbangkan.[17]

Pada 3 Mei 2019, Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan untuk menuntut atau bersedia untuk membeli bagi satu daripada lima plot tanah di Bukit Chagar, Johor Bahru yang diserahkan oleh kerajaan sebelum ini (pimpinan Barisan Nasional) kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.[18] Baginda kemudian berkenan untuk menyerahkan satu plot tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan dengan syarat projek ini dilaksanakan dengan kadar segera.[19]

Suasana rumit antara kerajaan pada masa itu dan Sultan Johor telah membawa kepada pertelingkahan dan tohmahan daripada pihak pembangkang. [19] Tambahan pula, kelewatan kerajaan dalam mengemukakan konklusi kepada penyemakan semula projek ini juga telah menambah kerumitan tersebut.[20] Disebabkan pelbagai masalah yang timbul, projek ini telah ditangguhkan sebanyak tiga kali[21][22][23] dan sistem MRT yang digunakan telah dikurangkan skala operasinya kepada Transit Aliran Ringan (LRT) dalam usaha mengurangkan kos.[22]

Projek diteruskan

Walaupun kedua-dua negara terlibat sedang menghadapi penyebaran wabak pandemik COVID-19, projek ini tetap disambung semula secara rasminya pada 30 Julai 2020 hasil pertemuan Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan memorandum persefahaman telah diserahkan oleh Menteri Pengangkutan dari Malaysia dan Singapura.[23] Persefahaman ini juga telah merasmikan pembentukan syarikat usaha sama antara SMRT RTS Pte Ltd (anak syarikat SMRT Corporation Limited) dan Prasarana RTS Operations Sdn Bhd (anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad) bernama RTS Operations Pte Ltd bertujuan mengendalikan operasi sistem ini apabila sudah siap.[23]

Majlis pecah tanah projek RTS bahagian Malaysia dilaksanakan pada 22 November 2020 menandakan permulaan pembinaan projek ini.[24] Manakala pada 26 November 2020, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura telah menyerahkan dua kontrak sivil kepada Penta-Ocean Construction bagi pembinaan Stesen Woodlands North dan kompleks CIQ di situ yang bakal dilaksanakan pada suku pertama 2021.[25]

Pada 11 Jun 2022, projek ini mencapai tahap 17 peratus dan prospek pengoperasian pada Januari 2027 dilihat semakin cerah menurut Menteri Pengangkutan pada masa itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.[26] Dua tahun kemudian, Perdana Menteri Malaysia Ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan detik bersejarah penyambungan span yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura.[27]

Kemudahan dan Fasiliti

Kedua-dua stesen dalam sistem ini akan menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) serta kelengkapan khas bagi orang kurang upaya (OKU). Setiap stesen juga akan mengandungi tempat letak kereta tersendiri.[7]

Di Stesen Bukit Chagar, stesen ini bersifat bertingkat. Sebuah jambatan akan dibina menghubungkan stesen itu dengan Menara Komtar. Stesen tersebut juga akan disambung dengan Johor Bahru Sentral bagi memudahkan akses kepada servis KTM Intercity dan Transit Bas Cepat (BRT).[7]

Manakala di Stesen Woodlands North, stesen ini akan dibina bawah tanah. Sambungan bawah tanah melalui terowong ke Stesen MRT Woodlands North juga akan disediakan.[8]

Rujukan

  1. ^ "Pembinaan RTS Johor Bahru-Singapura berada di landasan yang betul untuk perasmian pada Disember 2026 dengan infrastruktur dua pertiga siap". Nisha Rahim (dalam bahasa Inggeris). Yahoo News. 11 Januari 2024. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  2. ^ "Prasarana, SMRT tandatangani MOU untuk membangunkan syarikat usaha sama" (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 25 September 2017.
  3. ^ Rahmi Yunus (26 September 2017). "Prasarana dan SMRT Corp tandatangani MoU untuk syarikat pengoperasian RTS" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. Dicapai pada 23 Januari 2018.
  4. ^ "SMRT, Prasarana menandatangani MOU membentuk syarikat usaha sama bagi RTS Link JB-Singapura" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 25 September 2017.
  5. ^ "LEMBARAN FAKTA BERSAMA OLEH PENGUASA PENGANGKUTAN DARAT (LTA) & SPAD - SOROTAN PERJANJIAN DUA HALA SAMBUNGAN SISTEM TRANSIT ALIRAN JOHOR-SINGAPURA" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Darat. 16 Januari 2018.
  6. ^ "S'pura, M'sia meterai perjanjian Sistem Transit Laju JB-S'pura". Berita Mediacorp. 16 Januari 2018. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  7. ^ a b c d e "PROJEK RAPID TRANSIT SYSTEM LINK (RTS LINK) ANTARA JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA". MRT Corp. 2023.
  8. ^ a b c "Sistem Transit Aliran Penghubung Johor Bahru – Singapore" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Darat. Dicapai pada 2024-07-08.
  9. ^ "KENYATAAN BERSAMA OLEH PERDANA MENTERI LEE HSIEN LONG DAN PERDANA MENTERI DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI PERMUKIMAN PEMIMPIN SINGAPURA-MALAYSIA PADA 24 MEI 2010" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Singapore Government. 24 Mei 2010. Dicapai pada 2024-07-08.
  10. ^ a b "Sistem Perhubungan Transit Aliran (RTS) Malaysia-Singapura antara Johor Bahru dan Woodlands" (dalam bahasa Inggeris). Iskandar Projects Information. 6 Februari 2013. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  11. ^ Kajian kejuruteraan awal berkenaan Sistem Transit Aliran ke Johor Bahru siap (dalam bahasa Inggeris). Channel News Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2014. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  12. ^ "Negeri Johor sudah memilih Bukit Chagar yang berdekatan dengan pusat pemeriksaan Johor Bahru sebagai kawasan bagi terminal MRT Johor Bahru" (dalam bahasa Cina). Zaobao.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2014. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  13. ^ "Sistem Transit Aliran Johor-Singapura pada tahun 2022". Rachel Chew (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. 2 Mei 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017.
  14. ^ "Sultan Johor perkenan reka bentuk Sistem Perhubungan Transit Aliran baharu". Rizalman Hammim (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 17 November 2017. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  15. ^ "Singapura, Malaysia memeterai perjanjian dua hala untuk membina Sistem Perhubungan Transit Aliran sebelum akhir 2024". Royston Sim (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 18 Januari 2018. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  16. ^ "Singapura, Malaysia bersepakat dengan jajaran bagi landasan perhubungan Woodlands-JB". Kenneth Cheng (dalam bahasa Inggeris). Today Online. 16 Januari 2018. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  17. ^ "Perhubungan RTS berjumlah S$1.34 bilion diteruskan mengikut jadual: Menteri Pengangkutan Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Today Online. 1 Jun 2018. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  18. ^ "Isu Tanah Bukit Chagar: Tun M tegaskan kerajaan akan tuntut balik atau beli balik". Rohaniza Idris & Ahmad Suhael Adnan. Berita Harian. 3 Mei 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  19. ^ a b "Tiada pertikaian antara Putrajaya dengan Istana Johor, kata Guan Eng". Faiz Zainudin. Free Malaysia Today. 5 Mei 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  20. ^ "RTS Johor-Singapura dilewatkan". Alifah Zainuddin & Dasveenjit Kaur (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. 13 Mac 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  21. ^ "Malaysia sedang mencari alternatif lebih mampu milik kepada Perhubungan RTS dengan Singapura, kata Mahathir". Trinna Leong (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 9 April 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  22. ^ a b "RTS Johor-Singapura akan diteruskan, tetapi ditangguhkan ke April 2020 - cadangan penukaran daripada sistem MRT kepada LRT". Anthony Lim (dalam bahasa Inggeris). paultan.org. 5 November 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  23. ^ a b c "Perdana Menteri Malaysia, Singapura merasmikan permulaan projek RTS". B. Suresh Ram (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 30 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  24. ^ "Perdana Menteri Malaysia, Singapura merasmikan permulaan projek RTS". Sinar Harian. 22 November 2020. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  25. ^ "LTA Menyerahkan Kontrak Sivil untuk Membina Sistem Perhubungan Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Jalan. 26 November 2020. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  26. ^ "Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 17 peratus". Sinar Harian. 11 Jun 2022. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  27. ^ "Malaysia, Singapura sempurnakan sambungan span RTS Link". Izz Laily Hussein. Berita Harian. 11 Januari 2024. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  • l
  • b
  • s
Gambaran keseluruhan
Tambang dan tiket
  • Koin Token
  • Kad Touch 'n Go
  • Kad Laluan Komuter
  • Kad-KTMi
  • MyDebit Card
Suruhanjaya
  • Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Operator Utama
Kereta api antara bandar
Laluan utama
Kini
Masa depan
Perancangan
  • Laluan Kereta Api Timur Laut Sabah
  • Laluan Kereta Api Sarawak
Digantung
Perkhidmatan
Kereta api komuter
pinggir bandar
Terkini
Laluan Lapangan Terbang
Terkini
Digantung
Rel Metro
LRT
Terkini
Masa Depan
Perancangan
  • Laluan Kota Kinabalu
Digantung
MRT
Terkini
Perancangan
Monorail
Terkini
Perancangan
  • Monorel Kota Kinabalu
Digantung
Laluan Sempadan
Terkini
Masa Depan
  •  RTS  Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura
Rel Lainnya
People mover
  • Aerotrain (KLIA) KLIA Aerotrain
Funicular
Pengangkutan Gondola
Pengeluar
Rolling Stock(s)
Antara Bandar
  • KTM Kelas 23
  • KTM Kelas 24
  • KTM Kelas 25
  • YDM4
  • KTM Kelas 91 EMU
  • KTM Kelas 93 EMU
  • KTM Kelas 61 DMU
  • Lokomotif diesel Kawasaki DMU
Komuter
  • KTM Kelas 81 EMU
  • KTM Kelas 83 EMU
  • KTM Kelas 92 EMU
Laluan Lapangan Terbang
  • CNR Changchun ERL "Equator EMU"
  • Siemens Desiro ET 425 M
  • Hyundai Rotem KTM Kelas 83 EMU
LRT
MRT
Monorail
Lainnya
  • Bombardier Innovia APM 100
  • Doppelmayr Garaventa 100-FUL Lugano–Stazione
  • Doppelmayr Garaventa 6-MGD
  • Leitner Ropeways 8-MGD
Depoh
Terkini
  • Ampang (LRT)
  • Batu Gajah (Antarabandar)
  • Bukit Tengah (Komuter)
  • Brickfields (Monorel)
  • Kajang (MRT)
  • Kampung Kuala Sungai Baru (LRT)
  • KLIA MAHB (KLIA MAHB KLIA Aerotrain)
  • Rawang (Komuter)
  • Salak Tinggi (ERL)
  • Sentul (Komuter)
  • Seremban (Komuter)
  • Subang (LRT)
  • Sungai Buloh (MRT)
  • Tanjung Aru (Antarabandar)
  • Serdang (MRT)
Masa Depan
  • Johan Setia (LRT)
Artikel berkaitan
  • l
  • b
  • s
Alihan rel bandar di Asia Tenggara
  • KAI Commuter
    •  LM 
  • Komuter Bandung Raya
  •  HSR  HSR Jakarta–Bandung
  • KAI Commuter
  •  AS  ARS Adisumarmo
  •  BK  Bas rel Batara Kresna
  •  K  Kedungsepur
  • Komuter Surabaya
  • LRT Palembang
    •  L1 
  •  KN  ARS Kualanamu
  • Sri Lelawangsa
  •  ME  Minangkabau Ekspres
  •  CM  Cut Meutia
  • KAI Commuter
  •  YA  ARS Yogyakarta
Filipina Filipina
  • LRT Manila
    •  6 
      •  6B 
      •  6C 
      •  6D 
      •  6E 
  • MRT Manila
    •  3 
    •  4 
    •  5 
    •  7 
    •  8 
    •  MMS 
    •  10 
    •  11 
  • PNR
    •  NSCR 
    •  NSCR 
  • Rel Ringan Sungai Pasig
  • Skitren
Bicol
Kawasan Pentadbiran Cordillera
  • Monorel Baguio
  • MTS Pampanga
Metro Cebu
  • Monorel Cebu
    •  Pusat 
    •  Lapangan Terbang 
  • Transit Rakyat Davao
  • Kereta Api Mindanao
  • Monorel Iloilo
Sabah
  • LRT Kota Kinabalu
  • Monorel Kota Kinabalu
Selatan
Utara
Myanmar Myanmar
  • Kereta Api Keliling Yangon
  • MRT Bandar Yangon
  • MRT
    •  NSL 
    •  EWL 
    •  NEL 
    •  CCL 
    •  DTL 
    •  TEL 
    •  JRL 
    •  CRL 
  • LRT
    •  BPLRT 
    •  SKLRT 
    •  PGLRT 
  • Skitren Lapangan Terbang Changi
  • Sentosa Express
  •  RTS  RTS Johor Bahru–Singapura
  • BTS
    •  Silom 
    •  Sukhumvit 
    •  Emas 
  • MRT
    •  Biru 
    •  Ungu 
    •  Merah Jambu 
    •  Kuning 
    •  Jingga 
    •  Perang 
  • BMA
    •  Kelabu 
    •  Biru Muda 
    •  Perak 
  • SRT
    •  ARL 
    •  Merah Muda 
    •  Merah Tua 
  • Komuter SRT
    •      Laluan Lopburi
    •      Laluan Kaeng Khoi
    •      Laluan Prachinburi
    •      Laluan Ratchaburi
    •      Laluan Suphan Buri
    •      Kereta api Maeklong
  • APM Suvarnabhumi
  • APM Don Mueang
  • HSR
    • HSR Timur
    • HSR Timur Laut
    • HSR Utara
    • HSR Selatan
Kawasan lain
  • LRT Chiang Mai
  • Monorel Hat Yai
  • LRT Khon Kaen
  • LRT Nakhon Ratchasima
  • Monorel Pattaya
  • LRT Pulau Phuket
Vietnam Vietnam
  • Metro Hanoi
    •  1 
    •  2 
    •  2A 
    •  3 
    •  4 
    •  5 
    •  6 
    •  7 
    •  8 
    •  9 
  • Metro Bandar Raya Ho Chi Minh
    •  1 
    •  2 
    •  3A 
    •  3B 
    •  4 
    •  5 
    •  6 
  • HSR Utara–Selatan
Catatan: Laluan yang sedang dibina atau dirancang ditulis dalam bentuk condong.