Kaum asli Taiwan

Peta kawasan tanah adat 16 etnik asli Taiwan yang diiktiraf undang-undang Taiwan setakat 2017[1]
Perarakan orang Paiwan dan Rukai menyambut pesta menuai di Setjimur (Sāndìmen), selatan Taiwan.

Kaum asli Taiwan (Bahasa Cina: 原住民code: zh is deprecated ; pinyin: yuánzhùmín; Wade-Giles: yüan2-chu4-min2; Pe̍h-oē-jī: gôan-chū-bîn, “penduduk asal”) adalah istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada kaum pribumi pulau Taiwan. Kajian terbaru menunjukkan nenek moyang mereka sudah mendiami pulau Taiwan lebih kurang 8,000 tahun sebelum imigran Cina berbangsa Han datang pada kurun ke-17[2]. Kaum asli Taiwan adalah orang Austronesia yang bahasa dan genetik mereka dekat dengan kumpulan etnik Austronesia lain seperti orang Filipina, Nusantara, Madagaskar dan Oceania. [3]

Bangsa-bangsa asli

Etnik Catatan
Orang Amis Mula dibanci penjajah Jepun pada zaman Meiji,[4] diiktiraf Makmal Etnologi Universiti Kebangsaan Taiwan tahun 1948[5]
Orang Paiwan
Orang Tayal
Orang Bunun
Orang Puyuma
Orang Derekai
Orang Saisiyat
Orang Cou
Orang Tau/Yami
Orang Sau Dahulu terangkum bersama orang Cou, tersenarai rasmi pada tanggal 8 Ogos tahun 2001
Orang Kebalan Dahulu terangkum bersama orang Amis sebagai "Amis Pesisir" (海岸阿美族), tersenarai rasmi pada 25 Dis 2002
Orang Teruku Dahulu terangkum bersama orang Tayal, tersenarai rasmi pada 14 Jan 2004
Orang Sakizaya Dahulu terangkum bersama orang Amis sebagai "Amis Kilai" (奇萊阿美族), tersenarai rasmi pada 17 Jan 2007.
Orang Seediq Dahulu terangkum bersama orang Tayal, tersenarai rasmi pada tahun 23 Apr 2008.
Orang Laalua (Hla'alua/Saaroa) Pernah terangkum dalam orang Cou sebagai "Cou Selatan" (南鄒族), tersenarai rasmi pada 26 Apr 2014.[6][7]
Orang Kanavunavu

Lihat juga

  • Orang Austronesia
  • Bahasa-bahasa Formosa

Rujukan

  1. ^ "土地小組". Suruhanjaya Keadilan Bersejarah Bangsa Asli Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Blust 1999
  3. ^ Hill et al. 2007; Bird, Hope & Taylor 2004
  4. ^ 黃秀政; 張勝彥; 吳文星 (2002). 《臺灣史》. 臺北市: 五南圖書出版股份有限公司. m/s. 26. ISBN 978-957-11-2738-5.
  5. ^ 芮逸夫,〈臺灣土著各族劃一命名擬議〉。《大陸雜誌》第五卷五期。1952年
  6. ^ 正名成功 原住民再增2族變16族. Agensi Berita Pusat Taiwan. Diarkibkan Jun 29, 2014 di Wayback Machine, dicapai 26 Jun 2014
  7. ^ "確認拉阿魯哇族以及卡那卡那富族兩族領域範圍,完善族群正名條件". Majlis Bangsa-Bangsa Asli Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-05-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)